top of page
Geran Agropreneur Muda (GAM) 

Salah satu faedah menyertai Program Agropreneur Muda adalah kemudahan untuk mendapat bantuan Geran Agropreneur Muda.  Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Usahawan Agropreneur Muda (AM) bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan samaada di dalam fasa permulaan mahupun pengembangan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan penilaian yang dibuat adalah berpandukan kepada pendapatan bulanan semasa, jenis projek dan potensi perusahaan serta kemajuan perniagaan.

 

Bantuan geran ini diselaraskan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) seperti MARDI, FAMA, MADA, DVS, Jabatan Perikanan, MANRED, dan MAFI(Sabah). Setiap agensi bertanggungjawab dalam menerima permohonan, melakukan penilaian, dan membawanya ke Unit Agropreneur Muda, Kementerian Pertanaian Dan Industri Makanan untuk dibentangkan. MARDI adalah salah satu agensi yang berperanan besar dalam melaksanakan tugas ini.

 

Terdapat pelbagai kluster dibawah skop permohonan GAM, namun pihak MARDI hanya menerima permohonan daripada 2 kluster sahaja iaitu Kluster Industri Asas Tani dan Kluster Tanaman. Pecahan kluster tersebut adalah seperti dibawah.

 

Kluster Industri Asas Tani

  1. Produk IAT (Pengeluaran)

  2. Pemasaran Produk

  3. Karavan Tani/Food truck/Mobile Food Kiosk

  4. Perkhidmatan Sokongan/Input Pertanian

  5. Lain-lain (pembungkusan, perkhidmatan analisis makanan, produk IAT bukan makanan)

 

Kluster Tanaman

  1. Fertigasi

  2. Cendawan

  3. Ternakan lebah kelulut/lebah madu

  4. Sayuran

  5. Buah-buahan

  6. Tanaman nanas (Sabah dan Sarawak sahaja)

  7. Hidroponik/kilang tanaman

  8. Perkhidmatan sokongan/input pertanian (Nurseri/Lanskap, Bekalan Baja/organic, peralatan pertanian, Agropelancongan)

 

Kepada mereka yang berminat untuk memohon Geran Agropreneur Muda (GAM) di bawah agensi MARDI, pemohon hendaklah memenuhi semua kriteria dibawah:

 

  1. Warganegara Malaysia

  2. Telah diterima sebagai peserta (P) Agropreneur Muda MARDI

  3. Telah menjalani kursus/latihan teknikal dari pihak MARDI

  4. Telah menjalankan perniagaan/perusahaan/tanaman melebihi 1 tahun/1 musim

  5. Syarikat milikan sendiri dan masih aktif.

  6. Mempunyai pendapatan bersih di bawah RM5000/bulan daripada perniagaan/perusahaan/tanaman/ dan sumber lain.

  7. Berumur 18-40 tahun ketika permohonan dilakukan.

 

Permohonan GAM ini dibuka sepanjang tahun. Pemohon yang layak hendaklah menghubungi pegawai MARDI Negeri untuk urusan penyerahan dokumen dan penilaian. Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti dibawah.

 

  1. Borang Pendaftaran Agropreneur Muda

  2. Salinan Kad Pengenalan (disahkan)

  3. Kertas rancangan perniagaan bersama jangkaan aliran tunai selama 5 tahun

  4. Gambar projek/perniagaan

  5. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM/Ordinan Perlesenan Perniagaan)(ada nama pemohon)

  6. Salinan keterangan hakmilik/sewaan/pajakan untuk tanah/premis yang dimatikan setem

  7. Salinan sijil kursus teknikal oleh pihak MARDI atau agensi lain di bawah MAFI

  8. Sebutharga barangan yang dipohon dari syarikat yang berdaftar dengan MAFI

Geran & Bantuan | Grants & Funding: Service
bottom of page